TERKINI..!! MAYAT DISEMBELIH, DICINCANG DAN DIBAKAR..!!

Posted in 25 June, 2013
by wan_cikgumuzik

Mayat manusia yang dicincang dan dibakar ditemui di Jalan Pintas dekat Genting Skyway, Genting Highlands petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, polis bergegas ke tempat kejadian selepas penemuan itu dimaklumkan orang awam pada kira-kira 4 petang.
Gambar Hiasan

"Mayat mangsa yang tidak dikenal pasti itu ditemui di situ, yang merupakan jalan pintas ke Gohtong Jaya kira-kira 1 kilometer selepas bulatan ”U” ke arah Kuala Lumpur.

"Mayat itu dipercayai dikerat kepala sehingga putus dan badannya dicincang sebelum dibakar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat yang teruk terbakar, polis tidak dapat mengecam jantina mangsa.

Mayat itu dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. - Bernama

P/s : BAYANGKAN YANG MATI DISEMBELIH, DICINCANG DAN DIBAKAR NIH SOMEBODY, TENTU CERITA INI AKAN JADI CERITA TERPANAS MINGGU INI KAN?? SIAPA SOMBODY TUU?? MAYBE AHLIL POLITIK.. MAYBE AHLIL PERNIAGAAN.. ATAU MUNGKIN AHLIL BLOGGER.. HIIHIHIHIHI...

JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!