CALON AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO 2013 | KETUA PEMUDA UMNO PERLIS

Posted in 07 September, 2013
by wan_cikgumuzik

CALON AHLI MAJLIS TERTINGGI  MT  UMNO 2013 | KETUA PEMUDA UMNO NEGERI PERLIS | Pemilihan UMNO di peringkat cawangan kini berjalan dengan rancak sekali. Mungkin sudah ada bahagian2 UMNO yang sudah pun selesai menjalankan persidangan di cawangan masing-masing. Tampak jelas muka-muka baru kepimpinan di cawangan-cawangan dan wujud juga pertandingan yang dilihat sengit telah dan akan berlaku dalam menyemarakkan lagi demokrasi politik UMNO di Negeri Perlis.

Kini hanya menunggu pemilihan di peringkat bahagian, pusat dan Majlis tertinggi UMNO sahaja yang belum memalui proses pemilihan. Masing-masing tertanya-tanya siapakah calon yang layak untuk menerajui kepimpinan di dalam UMNO..!!

Setelah berbual-bual dengan Ketua Pemuda UMNO Negeri Perlis, Saudara Mohsin Bin Yusoff, beliau telah pun menyampaikan hasrat bahawa beliau akan bertanding di peringkat Majlis Tertinggi UMNO bagi sesi 2013 ini. 

Mungkin agak mengejutkan apabila beliau mengumumkan hasrat beliau yang ingin bertanding di peringkat Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Tetapi Mohsin Yusoff ada alasnnya tersendiri. Beliau juga mempunyai misi dan visi tersendiri untuk berada di barisan kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO bagi pemilihan tahun 2013 ini,

Apabila di tanya beliau memberi jawapan ringkas dengan menyatakan beliau sudah pun berjaya menjadi pemimpin di peringkat cawangan, bahagian dan negeri. Kini tiba masanya untuk beliau melonjak langkah ke peringkat yang lebih tinggi bagi meneruskan perjuangan UMNO yang belum selesai.

Antara berita baik kepada blogger2 pro kerajaan di Malaysia, beliau mempunyai satu misi untuk membela blogger2 yang dilihat sudah tidak berfungsi selepas PRU yang lepas. Hasratnya ialah untuk memastikan blogger tidak berhenti untuk menyebarkan maklumat yang tepat berkaitan dengan kerajaan.

Walau bagaimana pun, Mohsin Yusoff belum membuat apa-apa kenyataan media secara rasmi berkaitan hasrat beliau untuk bertanding di peringkat Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi pemilihan tahun 2013 ini. Namun begitu berita hangat ini telah pun tersebar luas di peringkat negeri Perlis dan Pusat.

Sama-sama kita menanti pemilihan terbesar UMNO yang akan diadakan tidak lama lagi. Dengan itu, Aku ingin mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon-calon yang berhasrat untuk menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan tidak lama lagi.

JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!