Artikel ini mungkin akan membuatkan beberapa pihak panas hati dengan aku.. adalah dimaklumkan, secara rasminya ini hanyalah pendapat peribadi aku yang tak seberapa setelah aku menjadi pemerhati dari jauh acara2 sukan & kebudayaan anjuran Majlis Belia Malaysia yang diadakan di Perlis pada 20 dan 22 november yg lepas.
Aku agak kurang berpuas hati tentang syarat berkaitan dengan "kelayakan" atlet dari kontigen2 utk menyertai acara sukan yang diadakan. Antara salah satu syarat yg kurang aku senang ialah "peserta yang PERNAH mewakili NEGERI dalam mana2 acara sukan seperti SUKMA dan ke atas adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai sukan anjuran MBM.
Bagi aku adalah tidak wajar syarat tersebut kerana Majlis Belia Malaysia adalah sebuah organisasi peringkat Kebangsaan.. sukan yang dianjurkan adalah di peringkat kebangsaan.. MENGAPA ATLET YANG PERNAH MEWAKILI NEGERI utk acara peringkat kebangsaan seperti SUKMA tidak dibenarkan menyertai sukan anjuran MBM..??
Adakah sukan anjuran MBM ini level nya LOW CLASS sahaja?? Aku agak pelik kerana penganjuran adalah peringkat kebangsaan tetapi hanya atlet amatur sahaja dibenarkan menyertainya. Maka boleh lah kita kelaskan bahawa sukan anjuran MBM ini seperti acara syok sendiri atau menghabiskan peruntukan yang diberikan setiap dua tahun sekali.
Sepatutnya sukan yang bertaraf kebangsaan seperti sukan MBM membenarkan lah peserta2 atau atlet2 yg pernah mewakli negeri dalam acara SUKMA menyertainya. Baru lah kita dapat lihat bahawa sukan anjuran MBM ini adalah sebuah acara yang berprestij tinggi dan mempunyai nilai yang cukup hebat. Mereka bukannya atlet bertaraf DUNIA pun.. kalau bertaraf DUNIA kot lah kurang sesuai kan..
Oleh itu, aku sarankan agar penganjuran sukan MBM untuk dua tahun yang akan datang mengubah syarat utk kelayakan atlet menyertainya. Mansuhkan syarat menghalang atlet yg berkualiti tinggi menyertainya. Jika tidak ubah juga.. elok lah buat acara sukan peringkat kampung jaa.. tak de la buang modal banyak2..
Untuk acara lain dalam sukan MBM terutama acara kebudayaan, ianya sukses dan sangat menarik... kalau boleh, wujudkan satu lagi acara iaitu pertandingan band. Maka lebih meriah lah acara SUKAN DAN KEBUDAYAAN MAJLIS BELIA MALAYSIA nanti.
PECAH KACA PECAH GELAS
SUDAH BACA JANGAN PANAS
Sekian terima kasih
Izwan Bin Ismail
-Seketeriat Media sosial MAYC Kebangsaan
-EXCO MAYC Negeri perlis
0 comments:
Post a Comment