MANCHESTER 20 Feb. - Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara Keirin Piala Dunia Berbasikal Trek semalam dengan penuh bergaya dan kesakitan.
Berlumba dalam final Keirin, dia dan tiga pencabar lain terbabit dalam pelanggaran sesama sendiri sebelum bangkit untuk meneruskan kayuhan bertenaga sehingga garisan penamat.
Dia hanya menyedari tahap kecederaannya hanya selepas itu jelas apabila ditunjukkan gambar serpihan kayu yang terkeluar daripada trek ketika kemalangan, menembusi betis kirinya. Dia dikejarkan ke hospital dan terlepas peluang menaiki podium bagi menerima pingatnya.
Sumber - Agensi
P/S : Tentu sakit kan??? Ishk ishk ishk....!!!
sakitnya tu.......parah
aduh.....sakitnya >.<