iisshhhkkk..!! Jaguh trek negara tertusuk kayu di betis

Posted in 21 February, 2011
by wan_cikgumuzik

MANCHESTER 20 Feb. - Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara Keirin Piala Dunia Berbasikal Trek semalam dengan penuh bergaya dan kesakitan.




Berlumba dalam final Keirin, dia dan tiga pencabar lain terbabit dalam pelanggaran sesama sendiri sebelum bangkit untuk meneruskan kayuhan bertenaga sehingga garisan penamat.


Dia hanya menyedari tahap kecederaannya hanya selepas itu jelas apabila ditunjukkan gambar serpihan kayu yang terkeluar daripada trek ketika kemalangan, menembusi betis kirinya. Dia dikejarkan ke hospital dan terlepas peluang menaiki podium bagi menerima pingatnya.

Betis Azizulhasni Awang yang tertusuk kayu

Kesakitan yang dialami

Sumber - Agensi

P/S : Tentu sakit kan??? Ishk ishk ishk....!!!