iisshhhkkk..!! Negeri Perlis dilanda banjir 29/3/2011

Posted in 30 March, 2011
by wan_cikgumuzik

Aku telah dimaklumkan oleh keluargaku di perlis dalam jam 9.00pm td bahawasanya kebanyakan kawasan di negeri perlis telah dinaiki air... So, berhati2 semua...

Baca berita lanjut di bawah....

KANGAR, 29 Mac (Bernama) -- Hujan tanpa henti sejak semalam sehingga malam ini menyebabkan tujuh keluarga dari dua buah kampung dipindahkan setakat pukul 8 malam Selasa.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata empat keluarga adalah dari Kampung Tok Kandang di sini dan tiga dari Kampung Syed Omar di Bintong.

Buat masa ini mereka dipindahkan ke surau berhampiran dan pihak berkuasa kini memantau paras air di kawasan terbabit, katanya kepada pemberita di sini.

Md Isa berkata kerajaan negeri juga telah membuka Bilik Gerakan Jawatankuasa Banjir sebagai persediaan menghadapi banjir memandangkan keadaan hujan yang berterusan.


HYDOGRAPH KOLAM AIR TIMAH TASUH TERKINI
"Sebanyak 23 pusat pemindahan bencana banjir akan dibuka jika paras air semakin meningkat," katanya.

Antara yang dikenal pasti sebagai pusat pemindahan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Tinggi, Maktab Rendah Sains Mara, SK Batu Bertangkup, Sekolah Menengah (SMK) Dato Jaafar Hassan, SK Guar Nangka, SK Bintong, SK Abi, Surau Kampung Syed Omar, SK Sena.

Beliau turut menasihatkan rakyat Perlis agar membeli stok makanan bagi menghadapi kemungkinan bencana itu.

"Saya meminta penduduk yang berada di kawasan rendah sentiasa berwaspada kemungkinan air akan naik berikutan air laut pasang pada pukul 10 malam ini," katanya.

Selain itu, Md Isa yang ditemui selepas melawat mangsa banjir Kampung Syed Omar juga meminta penduduk mendengar siaran radio Perlisfm bagi mengikuti perkembangan terkini banjir di negeri tersebut.

Sumber: BERNAMA

P/S : Aku berharap banjir kali nie tak sebesar tahun2 yang lepas..