iisshhhkkk..!! pemandu bas ETIKA EKSPRESS tidak BERETIKA ketika memandu

Posted in 07 June, 2011
by wan_cikgumuzik

Pemandu bas ETIKA EKSPRESS tidak BERETIKA ketika memandu?? Ini adalah kebenarannya... Bukan aku nak sebarkan fitnah atau komplen kepada Syarikat bas tersebut.. Mungkin bukan semua pemandu bas yang bersikap begitu.. Tetapi di atas rasa ketidakpuasan hati aku, aku terus buat entri nihh setibanya aku di rumah setelah beberapa jam di atas bas pulang dari kampung..


Sepatutnya kalau dah nama ETIKA, segalanya harus beretika kan?? Tapi kenape aku kata pemandunya tak beretika?? Mcm nih ceritanya... Semuanya aku perhatikan melalui cermin pandang belakang kat atas kepala pemandu tersebut.. Setelah beberapa minit memandu, mungkin dalam 20-30 minit, Pemandu tersebut mula menghisap rokok ketika memandu...


Sedangkan secara terang-terangan tak leh isap rokok dalam bas tuu.. Mmg bau satu bas lah asap rokok beliau.. Aku nihh pon bengang jugak sbb sangap rokok laa bila bau asap rokok beliau.. Menyirap  tol aku td..!! Kesian aweks kat belakang drebar tuu.. Tertutup2 idong sbb tak tahan bau asa rokok dia.. Dah laa rokok GUDANG GARAM / SURYA.. Hadoiii... Ada kot 5-6 batang rokok dia isap semasa memandu sepanjang perjalanan tadi...

Lepas puas isap rokok, beliau mula membelek2 telefon bimbit beliau.. Apa yg dipicitnya pon aku tak tahu lah... Pastu aku nampak dia mula Bergayut ngan tepon bimbit dia yg xde wayar tuhh.. Muka tersengih2 nampak sangat tgh bercinta.. Muka romantik habis sioottt...!!
Dah  habis begayut tepon, rupa2nya ada lagi.. Beliau berborak2 pulak dengan rakan2 PTT (push to talk) dan gelak2 buat bising sorang2 kat depan tuu.. Adehhh... Bas dah mula terhoyong-hayang bila beliau leka berketawa dalam PTT beliau.. Yer lahh.. Konsentrasi ketika memandu mesti terganggu sbb natang PTT tuu kan kena picit punat bila nak cakap...

Sudah lah leka denga telefon2 bimbit beliau, memandu plak dalam keadaan yang sangat laju dan merbahaya.. Bayangkan dia boleh cucuk angin keta Nissan Skyline warna putih tuu.. Mmg laju beb.. Cuak jugak aku sbb kalau dia cium bontot keta mahal tuhh, Mmg bersepah lerr..

Mmg laa dia tuu bawak bas.. Besar dari keta tuhh... Tapi kalau dh laju, tak mustahil bas pon boleh terbabas kalau dh cium bontot keta mahal tuu kan.. Adoiii.. Pepe pon aku bersyukur sbb aku dan bini aku selamat tiba di  Hentian duta setelah beberapa jam bertarung nyawa kat dalam bas tuhh..

Dan satu lagi, ada hati plak Drebar bas tuu nak ngayat2 bini aku... mcm mana aku boleh tak perasan dia dok ngayat2 bini aku tuu kan??? Dah sampai umah baru Bini aku cite.. Ciss...!! Lagi laa membuak2 perasaan aku nk buat entri nihh..

Bini aku cite 3 kali dia try ayat bini aku.. Waktu awal2 nak naik bas, waktu rehat kat Bukit Gantang, dan Waktu nk turun dari bas setelah sampai di hentian duta... Apa yang dia ayatkan, biarlah menjadi rahsia aku dan bini aku... Adoiii.. Aku no hal sebenarnya sbb aku  nihh jenis yg sporting kalau dia setakat nak berborak ngan bini aku tuu, sib baik dia tak sentuh bini aku tuhh.. Kalau takkkk..!! Faham2 jer lah.. Hahahhaha..


Kenape aku tak tegur sikap pemandu tersebut??


  1. Dia pakai cincin batu besar2 yang banyak di jari
  2. Dia pakai bangger (gelang perak/silver) yang besar punyaa..
  3. Dia pakai beg silang
Kepada yang faham tuu, harap maklum lahh kenape yerr.. Nak cakap jadi payah sebab adik beradik belaka.. So? Aku diam, tawakal, dan mengucap banyak2..


Sekian bebelan aku yang panjang nihh.. Harap Pemandu tersebut berubah sikap.. Sama2 kita doakan yerr.. Cepat angkat tangan dan berdoa...!!


P/S : Ini sekadar luahan perasaan.. Bukan tips atau tutorial... Ada kaitan dengan yang hidup atau yang belum mati..


P/SS : Kat sini pon ada jugak komplen pasal bas etika nihh.. KLIK KAT SINI utk pi baca... Tapi komen kat bolg nihh dulu.. hahahaha