Tutorial Xara 3D - Asas dan pengenalan buat tulisan 3D

Posted in 14 June, 2011
by wan_cikgumuzik

Salam hormat dan salam satu bloger... Ramai yang dah tahu cikgu mmg menyediakan perkhidmatan tempahan header dan banner berasaskan tulisan 3D.

Di sini cikgu nak syer bagaimana penghasilan tulisan 3D yang selama ini cikgu buat untuk menghasilkan header dan banner.

Cikgu menggunakan sofware Xara 3D utk menghasilkan tulisan sahaja. Untuk membuat header atau banner, cikgu menggunakan Adobe Photoshop.

Apa yang cikgu nak kongsi kali ini hanya asas penggunaan sofaware ini sahaja.. Dan untuk teknik2 penggunaan cikgu akan ceritakan pada entri2 yang akan datang..

Apa yang korang perlu tahu dan faham tentang software ini ialah ianya hanya menghasilkan TULISAN sahaja sama ada dalam bentuk ANIMASI (.gif) atau STATIK(.png/jpg) sahaja.. Perkara2 asas yang korang perlu tahu tentang penggunaan Xara 3D ini ialah FUNGSI pada menu2 yang terdapat di situ.. Jom layan gambar kat bawah nih dulu...

sila klik pada gambar utk proses tumbesaran
APA YANG PERLU KORANG TAHU??

1. Untuk taip perkataan

Menu tuu utk korang taip perkataan apa yang nak ditulis dan jenis perkataan yang nak dipilih..

2. Untuk perkataan sahaja

Kat situ utk dapatkan perkataan sahaja tanpa apa2 button yang disediakan kat bawh2nya

3. Untuk adjust ketebalan

Menu tu utk korang adjust tebal mana tulisan yang korang nak buat..

4. Klik utk tukar warna

Korang klik kat tempat yang dibulatkan iaitu pada body tulisan untuk tukar warna tulisan

5. Klik utk tukar warna background

Korang boleh klik pada mana2 kawasan background utk tukar warna background


6. Untuk adjust pencahayaan

Yang tu paling penting untuk korang dapatkan warna yang diingini dan mendapatkan ton2 pencahayaan pada tulisan tersebut bagi menampakkan dan menimbulkan tone tulisan 3D (teknik penggunaan menu ini akan diceritakan pada entri yang akan datang)..

Hanya itu sahaja perkara asas untuk pengenalan dan cara2 menggunakan software Xara 3D nih.. Sebenarnya banyak lagi kaedah dan cara2 untuk menggunakan software nih.. Nanti kalau ada apa2 persoalan, cikgu akan buat lagi tutorial teknik2 yang lengkap untuk menggunakan software ini..

Antara kaedah yang akan dikongsikan nanti ialah bagaimana hendak memindahkan tulisan dari Xara 3D ke adobe Photoshop.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila komen di bawah dan insyaalah cikgu akan buat tutorial bagi menjawab sebarang persoalan dari kawan2 semua..

Mana nak cari software nih, cikgu xmo ajar sbb korang pon tahu kan mana nak download.. Nak senang, pegi beli kat kedai.. Banyak dijual di sana... Lalalalala... Gurau jerr.. kalau nak donload, korang boleh klik kat gambar Xara 3D di atas sekali tuhh.. Lalalalal.. cuba la yerr...

sekian entri utk kali ini.. Selamat mencuba.. Cau..!!