iisshhhkkk..!! APA ITU IFRAME | penerangan bergambar

Posted in 11 July, 2011
by wan_cikgumuzik

 APA ITU IFRAME??APAKAH IFRAME?? APA DIA IFRAME?? Ramai yang bertanyakan APAKAH ITU IFRAME kebelakangan ini kan? Jadi secara tak rasminya hari ini aku akan terangkan kat korang APA ITU IFRAME..!! Harap korang boleh pelajari sedikit teknik2 kotor nih dalam dunia maya ni ok.. 


IFRAME merupakan sejenis koding HTML yang dicipta oleh sape pon aku tak tahu tapi yang pasti ada kegunaanya dan ada kepentingan menggunakannya.. Penggunaan koding IFRAME juga digunakan oleh facebook button share, facebook button like dan di youtube player. Koding HTML tersebut digunakan untuk include page/sumber/media player dari luar ke blog kita. So jangan risau kalau memakainya.. Tak de hal punya..


BAGAIMANA IFRAME BERFUNGSI??


Ok.. Kat bawah nih merupakan gambarajah bagaimana iframe berfungsi dengan mengambil trafic dari mangsa2 iframe dan menghantar trafic kepada pengedar koding HTML iframe..

Pengedar koding HTML iframe akan memberi koding tersebut kepada mangsa-mangsa iframe sama ada mangsa-mangsa iframe tahu dan sedar atau tidak tahu bahawasanya terdapat koding html iframe pada banner atau link enxchange yang diedarkan oleh pengedar iframe yang mencuri trafic dari mangsa2 iframe. Koding IFRAME juga boleh diletakkan di dalam template blog mangsa sekiranya pengedar iframe dapat mengakses blog korang.

Bagaimana ianya mencuri mudah sahaja.. Seperti gambarajah di atas, mangsa-mangsa iframe yang meletakkan koding pengedar iframe akan menghantar trafic kepada pengedar koding iframe. Harap korang faham dengan gambarajah di atas...

BAGAIMANA RUPA BENTUK KODING IFRAME
Yaa.. Di atas merupakan salah satu contoh koding HTML yang selalu digunakan oleh pengedar2 iframe nih.. Terdapat pelbagai lagi contoh2 yang tak perlu korang pelajari dan cukup sekadar ambil tahu dan sentiasa berhati2 dalam penukaran link atau banner blog. Mungkin anda salah seorang daripada mangsa pengedar koding iframe.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN IFRAME

Sememangnya penerima trafic iframe akan menerima trafic yang banyak walaupun blogger pengedar iframe tidak aktif berblog. tetapi blog tersebut akan di gam atau dibanned oleh syarikat2 pengiklanan yang sememangnya tidak sukakan trafic iframe. 

Rangking alexa memang akan naik mencanak dan membuatkan blog korang akan berada di rangking yang lebih baik. Tetap kalau kantoi, memang habis lah si pengedar iframe nih.. Pastu pandai2 laa menjawab..

MACAM MANA NAK KESAN BLOG TERSEBUT ADALAH PENGEDAR KODING HTML IFRAME

Senang saja nak tengok.. Kalau blog tersebut tidak update entri dan jam 3-4 pagi trafic blog dia mesti akan memaparkan jumlah visitor yang tengah on line di blog tersebut sangat ramai iaitu melebihi 50 orang yang sedang on line di blog tersebut.

Blog tersebut dapat masuk dalam senarai top blogger walaupun baru 2-3 bulan berblog kerana bukan senang nak duduk di rangking tersebut secara mendadak. Sekurang-kurangnya mengambil masa 6-7 bulan sekiranya blogger tersebut betul2 aktif berblog.. Itu bagi pengguna blogspot laa.. Kalau pengguna domain atau hosting berbayar mungkin logik 2-3 bulan utk berada di rangking sekiranya aktif berblog dengan mainan-mainan SEO.

Sekian penerangan saya serba sedikit tentang penggunaan iframe yang menjadi isu yang sangat panas untuk bulan ini. Nasihat saya jangan lah menggunakan iframe trafic kerana tiada kebaikan langsung untuk korang. Berblog lah secara telus dan menggunakan titik peluh jari korang untuk menaikkan trafic dan rangking blog korang.

P/S : Korang dibenarkan untuk copy paste 100% entri ini untuk kebaikan blogger di alam maya ini... Sama2 kita berkongsi...

P/SS : Sekiranya terdapat kesalahan fakta di atas dan keraguan, sila bagi tahu fakta sebenar dan bersama kita berbincang isu ini utk kebaikan semua.