PERPECAHAN BLOGGER KERANA PENGGUNAAN BAHASA

Posted in 30 July, 2011
by wan_cikgumuzik

Korang perasan tak terdapat PERPECAHAN antara BLOGGER kerana PENGGUNAAN bahasa dan cara penulisan?? Maksud aku bukan jenis bahasa sama ada bahasa inggeris atau cina... Tapi bahasa yang digunakan semasa menulis.. Kalau korang yang rajin membaca, macam2 bahasa yang kita dapat jumpak kan?? Ada jugak bahasa melayu yang kita sendiri tak boleh nak paham kerana singkatan2 yang terlampau singkat.. Pedulikan yang tuu.. Nak buat mcm mana dah mak bapak diaorg ngan cikgu diaorang ajar menulis mcm tuu kan? Lepas tu bukan boleh ditegur... Sentap, merajuk dan membawa diri.... 
PERPECAHAN antara BLOGGER boleh berlaku jugak kalau sistem hasut menghasut dan lobi melobi dijalankan secara senyap2.. Banyak medium yang boleh depa guna.. Dia tak suka aku, dia msg kat inbox FB atau email kawan2 dia, kata kat aku mcm2 kan?? So?? Ramai laa yang akan menjauhkan diri dari aku.. Itu hanya satu contoh.. Padahal dia tersentap dengan bahasa aku.. Aku kan kasar dalam menyampaikan kata2.. Maka terjadi lah perpecahan yang aku maksudkan tuh.. Busuk kan perangai yang mcm tuh.. Dia tak suka penulisan kita, dia dok ajak kawan2 dia plak tak suka kita.. Busuk punya olang wooo..
Buat apa kita nak berpecah??? Dah banyak kali aku kata,.. Kita kena BERSATU.. Sama2 bagi trafic, sama2 dapat trafic.. Bukannya susah pon kan?? Kenape harus kutuk mengutuk?? Depa nk buat entri mcm mana pon, lantak depa laa.. Tuu jiwa dan hati depa yang ikhlas menulis utk korang.. Cuba korang fikir yang POSITIF sket.. Ni tidak.. Asyik nak buruk sangka jerr kerana penulisan seseorang tuhh.. Lepas tuu sentap.. BOLEH TAK KORANG JADI BLOGGER YANG GEMBIRA??? Jawabnya BOLEH kalau buang HATI YANG BUSUK tuu jauh2 ok..!
Harapan aku, kita akan jadi blogger yang gembira dan tiada perpecahan antara kita.. Hormati pendapat kawan2 dan hormati penulisan kawan2 kita.. Jangan ada perasaan asyik nak kondem orang jerr... Janga ada PERPECAHAN lagi.. jom kota senyummmm..!! 


SAPE SETUJU, SILA ANGKAT SEBELAH KENING..!! KALAU TAK RETI, ANGKAT DUA2  PON TAK PERRR..


P/S : Bersatu kita teguh, bercerai kawin lagi satu.. Lalalalala...


TAGS : BLOGGER BERPECAH, PERPECAHAN BLOGGER, BLOGGER BERGADUH, BLOGGER SENTAP DAN BERGADUH, BLOGGER JANGAN BERPECAH, JANGAN ADA PERPECAHAN ANTARA BLOGGER, PERPECAHAN BLOGGER TIADA FAEDAH,