WAJIB KE REPLY SEMUA KOMEN | JAWAPAN ANDA

Posted in 30 July, 2011
by wan_cikgumuzik

Rasanya aku dah dapat jawapan tentang persoalan WAJIB KE REPLY SEMUA KOMEN yang aku isukan pada ENTRI NIH.. Setelah mendapat respon dari 15 blogger yang mengikuti segmen aku hari tu.. Pendapat masing2 sama dan komen2 pada entri ada jugak sama walaupun ada jugak aku terlihat komen2 yang mengatakan memang wajib reply semua komen... Tak apa lah..  Hanya satu jerr komen yang mcm tuu.. Ok sekarang aku akan review perkongsian jawapan yang diberi..


Petikan hujah dari blogger EKIN
"bagi pendapat ekin tak wajib pun. langsung tak.. tak kena perkataan wajib di situ. yelah.. agak agak lah nak reply semua.. kalau dah banyak gila komen beratus ratus, jangankan ratus.kalau berpuluh pun tak menang tangan nak reply.. mampu ke?? larat a?? sesetengah blogger tu komen pun dia tak baca habis.. ni kan nak reply.. aduyai.." KLIK SINI UTK BACA SEMUA


Petikan hujah dari blogger HARRADZANI
Bagi aku mereka yang datang balik melihat komen mereka dibalas ialah 0.001 peratus, itu pun kalau komen yang bernas dan lebih mengupas topik yang diperbincangkan, tapi kalau setakat komen yang diberi macam  "nice enty" " nice info" "gud sharing" dan " :) " ...korang fikir ada ker korang akan datang balik tengok aku balas apa dengan komen tu...tak perlu laaa buang masa aku nak balas komen-komen macam ni..korang pun tak perlu bersusah payah datang check yer...memang aku takkan balas."KLIK SINI UTK BACA SEMUA

Petikan hujah dari blogger HATIKU BAIK
K lah aku bagi 3 point dulu ...harap korang maafkan aku dan faham kenapa aku xreply komen korang ...aku dah perjelaskan serba sedikit kat sini ...terpulang korang nak terima atau x....jangan anggap aku sombong pulak sebab xreply komen korang k ...huhuu  "KLIK SINI UTK BACA SEMUA


Petikan hujah dari blogger AKU PUNYA LAH
" Jadi,mana pendapat aku? Takan takat baca pendapat orang je? Bagi aku, isu balas komen, reply komen ini bergantung pada individu , dan juga bergantung kepada situasi keadaan.Kalau komen tersebut minta penjelasan, minta penerangan ataupun bersimbolkan pertanyaan.Mustahil tuan empunya blog akan mengabaikan si penanya tersebut.  " KLIK SINI UNTUK BACA SEMUA


Petikan hujah dari blogger BLOG SAYA (tak pasti nama sebenar)
korang rase? wajib ke xwajib? xwajib ke wajib??
itu adalah kehendak owner blog sendiri. tapi pada aku.. ade situasi perlu weply dan ade situasi xperlu weply^^  " KLIK SINI UNTUK BACA SEMUA


Petikan hujah dari blogger DIANA 
" tapi sekarang sebabkan kekangan masa
dan sehari aku terima 100+ komen
cemana la nak balas ye.
lama2 jejak pun tak dan nak balas disebabkan sibuk balas komen.
walaupun tak balas komen depa
tapi aku baca komen depa semua.. "KLIK SINI UNTUK BACA SEMUA


Begitu lah petikan2  hujah dari blogger yang aku pilih.. Kebanyakkannya menyatakan memang tak wajib pon.. Sebenarnya semua yang join segmen nih mengemukakan hujah2 yang sangat bernas dan sangat berilmu... Korang boleh tengok senarai mereka yang bagi hujahan DI SINI ok.. Semuanya korang wajib baca dan pelajari ilmu2 tersebut.. Jangan lupa baca komen2 pada entri mereka.. Pasti ada ilmu yang dapat dikongsikan..


P/S : Percaya atau tidak, ilmu yang berbentuk penulisan panjang mcm nih sangat memuakkan utk di baca.. Tapi yang susah itu adalah ilmu..


TAGS : KEWAJIPAN REPLY KOMEN, WAJIB REPLY COMMENT, KOMEN WAJIB DI BALAS,SEMUA KOMEN WAJIB DI BALAS, WAJIB REPLY SEMUA KOMEN, KOMEN DI ENTRI WAJIB DI BALAS, WAJIB REPLY, KOMEN WAJIB REPLY, SEGMEN,