BAN IP ORANG KAT SHOUTBOX | KAU RASA KAU BAGUS??!

Posted in 14 August, 2011
by wan_cikgumuzik

Adoyaiii..!! Memang bongok dan bongkak laa kau nihh.. Orang nak ban IP, kau pon nak BAN IP KAT SHOUTBOX korang.. Tapi tak nak belajar CARA dia betol2.. Lepas tu bila orang tanya kau, kau marah2kan orang tuu.. Kau kata org tuu spam shoutbox kau laa.. Org tuu drop link iklan laa... Orang tu cik anon laa... Hahahaha... Konon2 kau dah cukup bagus dan pandai laa sebab boleh ban IP orang kan? Padahal orang tuu tak bersalah pon dengan kau.. Kau herdik orang tuu plak bila ditanya sbb apa kau ban IP dia.. Sirius aku nk kata kau memang buruk perangai ok..!! Meh sini aku nak cerita.. Kisah ini aku pernah lalui sendiri ok.. Tapi time tuu aku bodoh sbb tataw pasal ban IP nih..
Dengan sedap kau herdik orang yang tanya kau kan?? Tuding satu jari kat orang padahal empat jari lagi kau tuding pada kau sendiri..  Macam tuu laa sikap bongkak kau ok.. Meh sini nak cerita kat kau apa kesalahan yang kau buat.. Ok.. Kepada yang tak tahu lagi mcm mana nak Ban IP org kat shoutbox sila OPEN NEW TAB LINK NIH dan tengok dulu.. Pas tu korang mai baca sini balik.. 


P/s : Entri ini umum dan aku juga pernah hadapi masalah ini dulu bila IP aku kena ban.. Aku tak tujukan pasa sapa2 ok.. meh sama2 kita belajar..


KESALAHAN BILA BAN IP ORANG KAT SHOUTBOX

Bila korang dah tengok entri aku cara2 nak ban IP tuu kan, Korang ada nampak kan bahagian ruangan nombor IP tuu kan?? Selalunya kesalahan akan berlaku kalau korang terus ban tanpa memilih dulu katogori nombor ban kan.. tengok gambar kat bawah..
gambar contoh
Secara automatik bila korang klik ban pada msg orang yang korang nak ban tuu, dia akan naik ban IP untuk katogori MEDIUM.. Dan korang terus ban.. Maka di situ berlaku lah satu kesalahan di mana korang secara tak sengaja akan ban IP orang yang tak bersalah.. Kenape..?? Tengok gambar di bawah..
gambar contoh
Sebenarnya korang diberi pilihan untuk ban IP tuu bila picit punat kat dalam bulatan tuu untuk korang pilih nak ban untuk katogori EXTREME, HIGH, MEDIUM, LOW, atau memilih tak nak ban IP dan hanya BAN URL sahaja... Apa yang korang selalu buat salah, Korang pilih katogori medium yang tersedia untuk BAN.. Jadi kebanyakan nombor IP yang katogori  EXTREME, HIGH dan MEDIUM, adalah mempunyai nombor yang sama..

Seperti contoh di atas, sekiranya korang ban IP katogori HIGH, maka pengguna2 internet lain yang menggunakan no IP 203.28 Akan turut di ban oleh korang.. Maka ramai lah pengguna atau pengunjung blog korang yang kena ban kat shoutbox korang disebabkan persamaan lima angka seperti contoh gambar  di atas.
gambar contoh
Jadi sebagai langkah yang betul, korang kena ban IP untuk katogori LOW kerana itu adalah FULL IP orang yang korang nak ban dan hanya nombor itu sahaja yang akan kena ban.. Bermakna nombor orang lain tak terlibat.. Hanya nombor IP untuk tuan IP itu sahaja akan di ban.. Dah jelas kesalahan korang dalam keje2 mem ban IP nih?? Harap sape2 yang dah buat kesilapan tuu, korang boleh masuk ke account laman web shoutmix korang dan cari bahagian ban, kemudian edit balik kesalahan tuu.. Paham dah???

Aku harap kepada korang yang SENTAP ngan entri nih tak salahkan aku.. Aku minta maaf ok... Bukan apa.. aku buat entri nih untuk mereka yang belagak pandai tapi BODOH SOMBONG..!! Sembang baik2 tak leh kaa bila orang tanya?? Setiap kesalahan boleh dibetulkan.. So, jangan marah2... Cik anon sila komen kalau tak puas hati.. Haha..

P/S : Lain kali kalau orang tanya kenape ban IP diaorang, Jangan sombong2 dan jangan bongkak2.. Siapalah kita tanpa pengunjung2 shoutbox kita yang sentiasa memberi trafic kat kita kan?? Fikirkan itu..


P/SS : Sorry CIKGU SYIMA sbb terguna nama awk sebagai contoh kat shoutbox tuu. Kah kah kah kah.. (Dalam hati "nak pedajal")


SUKA BAN IP ORANG EEK?? LIKE LERR FB PAGE AKU NIH



TAGS : TUTORIAL BAN IP PADA SHOUTBOX, BLOGGER BONGKAK BAN IP ORANG, CARA-CARA BETUL BAN IP DI SHOUTBOX, CARA SALAH BAN IP DI SHOUTBOX, TOTURIAL CARA BETUL BAN IP DI SHOUTBOX, KESALAHAN BAN IP DI SHOUTBOX,