BUAT SEGMEN? KONTEST?? GA?? WTF LAA KAU..!!

Posted in 05 August, 2011
by wan_cikgumuzik

Korang pernah join SEGMEN kan?? Korang jugak pernah join KONTEST kan?? Kadang2 korang join GA.. Betol tak?? Kenape korang join?? Tentu sebab persahabatan, follower atau trafic... Mungkin jugak sebab ingin mencuba... 


Adakah korang tahu yang korang melakukan sesuatu yang bijak kalau korang join benda2 nih?? Tak percaya?? Try laa.. Tapi korang tahu kerr apa itu SEGMEN, KONTEST atau GA nihh?? Aku ada jugak nampak ramai yang agak kurang memahami tiga perkataan di atas.. Bagi mereka semuanya sama jerr... Okeyh.. Skang aku akan terangkan dari sudut fahaman aku tentang ke tiga2 perkataan di atas tuhh.. Kalau korang ada fahaman lain, sila bagi tahu aku ok..


SEGMEN
Segmen adalah sesuatu yang mengajak kita berkongsi pendapat atau perbincangan sesama blogger. Segmen juga merupakan salah satu medium menghubungkan korang sebagai blogger dengan blogger yang lain di mana korang boleh saling kenal mengenali sesama blogger. Dengan segmen juga kita boleh memberi dan menerima trafic dari rakan2 blogger kita.. Bergantung pada jenis segmen.. Ada segmen yang membolehkan korang mendapat follower2 baru.. Harus ingat bahawasanya tak semua segmen menyediakan hadiah.. Hadiah dari segmen selalunya korang akan dapat kawan baru, follower dan trafic...


KONTEST
Kontest pula adalah merupakan pertandingan yang dianjurkan oleh para2 blogger di mana menyediakan hadiah2 tertentu.. harus di ingat setiap kontest ada syarat2 tertentu dan korang harus memenuhi syarat tuu 100% ok.. Baru layak join kontest tuu.. Ada jugak aku pernah jumpak org yang join kontest, mcm nak tak nak jerr.. buat entri sangat simple dan sekadar bagitaw yang dia join segmen tu jerr... Agak tak memenuhi syarat kontest.. Keuntungan join kontest jugak korang akan dapat trafic, follower dan kawan2 baru  di mana peserta2 yang join kontest tuu pasti akan pegi sekodeng entri kontest korang.. selain dari tu, korang akan dapat hadiah kalau korang menang..


GIVEAWAY (GA)
GA pula lebih kurang sama jerr ngan segmen.. Cuma GA nihh lebih kepada memberi buah tangan atau hadiah kepada blogger sekiranya penganjur GA pergi melancong atau bercuti kat tempat2 istimewa. Penganjur GA selalunya akan memberi hadiah secara rawak dengan menggunakan RANDOM.ORG.. Ada jugak blogger yang buat GA nihh sempena ulang tahun blog atau ulang tahun kepada sesuatu perkara terindah dalam hidup mereka. Penganjur GA jugak ada yang buat GA nih sebab nak hadiahkan hasil kerja tangan mereka kepada perseta yang join GA tuu.. 


Dah paham kerr apa yang aku tulis kat atas tuu?? Haha.. Walau apa pon yang korang buat, harus laa ada etika dan menampakkan korang tuu bijak meng"handle" segmen, kontest atau GA tuu.. Jangan laa letak syarat2 yang berat sangat sampai nak kena follow 2-3 blog kawan2 korang pastu nak like itu dan like ini secara paksa.. Hahaha.. Pastu jangan laa menampakkan korang memaksa orang yang nak join segmen korang tuu follow blog korang.. keluarkan bahasa2 indah pada syarat tuu.. Pasti menarik kan?


P/S : Terima kasih sebab sudi baca sampai habis.. 


SUKA ENTRI AKU TAK?? LIKE LERR FANPAGE KAT BAWAH NIHH..


TAGS : CARA-CARA BUAT SEGMEN, CARA-CARA BUAT KONTEST, CARA-CARA BUAT GA, TATACARA PENGENDALI SEGMEN KONTEST DAN GA, CARA BUAT SEGMEN KONTEST DAN GA, ETIKA BUAT SEGMEN KONTEST DAN GA,