iisshhhkkk..!! APA KEJADAHNYA BAHASA KESAT NIH??

Posted in 11 August, 2011
by wan_cikgumuzik

BAHASA KESAT?? Hahahaha.. Ramai yang komen kat aku pada entri aku yang lepas bertajuk iisshhhkkk..!! APA KEJADAHNYA CURSOR, SALJI DAN BUIH-BUIH MACAM TUU?? yang lepas kan?? Aku nihh bukan laa jahat molot sangat nak keluarkan kata2 kesat yang mcm tuu.. Rasanya masih belom ekstrim lagi kekesatan bahasa tuu kan?? Mana ada aku terang2 sebut nama2 kemaluan ataupon nama2 binatang yang tak sepatutnya kan? Rasanya bahasa kesat yang aku lampirkan semlm telah ditapis dan boleh keluar TV rasanya.. Setuju tak ngan statement aku nih?? 
Aku tahu mesti ada hati yang terluka bila aku maki hamun kat dalam entri tuu kan?? Kih kih kih.. Kepada yang terkena batang idong laa kan.. Bagi aku, kalau korang tak buat kesalahan tuu, buat apa nak sakit hati kan?? Tahniah lah kepada mereka yang dah sakit hati ngan aku sbb memang menusuk kalbu lah ayat2 aku tuu kan?? Kiranya objektif penyampaian aku tuu tercapai lahh.. Semoga yang sangat terasa ngan entri aku tuu, cepat2 laa berubah..
Lagi satu.. Takan laa aku nak pi tego dari rumah ke rumah dengan penuh sopan santun kot kan?? Rasanya sangat susah kalau kita nak buat mcm tuu.. Kang kata plak "mamat nihh datang blog aku, nak sound2 aku plak..! apa kes nih??".. So aku curahkan segalanya pada entri aku tuhh kan.. Itu cara aku.. Asalkan mereka membaca luahan dan nasihat kejam aku tuu.. Lagipun untuk statistik terkini, entri tuu dah ada hampir 600 orang yang dah view entri tuu setakat jam 7.30 pagi tadi.. So?? Bayangkan kalau dalam 600 orang yang baca entri tu, dan 100 orang dah sentap ngan entri aku tuu dan terus berubah, kiranya dah 100 blog laa yang buang cursor pusing2, salji dan buih2 tuu kan??
Maybe ramai yang menagis baca entri aku sebab budak2 kan.. Lepas tuu sentap ngan aku dan tak nak datang blog  aku lagi.. Kih kih kih... Yang baru kenal aku nihh maybe terperanjat dengan bahasa aku tuhh.. Tapi yang dah lama kenal, tahu laa kan siapa aku.. Rasanya entri2 aku tuu semuanya aku buat untuk kebaikan bersama... Bukan menghentam seseorang pon kecuali aku bagitaw aku dok hentam sapa..
Apa2 pun, semua benda yang aku buat hanya berniat nak gembirakan semua orang walaupon yang terkena batang hidong tuu sangat sedih, marah dan bengang dengan aku.. Cuba fikir2 balik, semua yang aku komplen tuu ada kerr negatifnya?? Tak ada kan?? Semua utk kebaikan blog yang kena komplen dan kebaikan pengunjung2 blog korang kan.. So?? Just terima laa dengan positif ayat2 kesat aku tuhh.. Tak payah nak emo2.. Tak payah nak ego.. Dah tahu orang tak suka benda tuu.. Tak payah laa buat ok..
Owhhhh.. Cik anon yang komen tuu?? Hahahaha.. Kalau umah ko tuu duduk area2 puchong.. Tak payah laa dok komen2 mcm tuu.. Nak aku bagi alamat umah kau kerr cik anon?? Ke nak aku dedahkan siapa kau?? nanti malu kau seantero malaysia nih.. Tak pasal2 plak kau di cop sebagai blogger cik anon.. Tuu cik anon yang pertama laa.. Hahaha.. Cik anon yang ke dua aku malas nk check.. Lantak kau lah... hahahhaa...
Ok semua... di kesempatan nih aku nak mintak ampun dan maaf zahir dan batin kepada sesiapa saja yang terasa hati dan tersentap dengan kata2 aku semlm.. Aku cuba buat untuk yang terbaik untuk semua blogger... Dah guna cara lembut tak jalan kan?? jadi, apa salahnya aku guna cara kasar plak kan.. Apa2 pun korang memang best sbb bagi respon yang bagus dengan mengomen kat entri aku tuu.. Thanks sangat2 di atas sokongan korang semua ok.. 


P/S : Bukan aku tak nak dengar nasihat kepada yang suruh aku jangan gunakan bahasa kasar.. Tapi aku rasa memang patut kot ada blogger yang mcm aku nihh.. Buat apa aku nak HIPOKRIT kan??


SAPE SUKA ANGKAT KENING DAN LIKE FB AKU NIHH..



TAGS : ENTRI MINTA MAAF, ENTRI BAHASA KESAT, BAHASA KESAT DI BLOG, BAHASA KESAT DALAM PENULISAN, PENULISAN YANG MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT,