5 KESILAPAN NUR AMALINA CHE BAKRI DALAM MENJAWAB KONTROVERSI | Berikutan dari kontroversi yang melanda pelajar terbaik SPM 2004 dan juga jawapan dari mulut Nur Amalina Che Bakri sendiri pasti ramai yang membuat spekulasi dan tak kurang juga yang bersimpati dengan tohmahan yang diterima Nur Amalina Che Bakri. Ini kerana kontroversi ini digambarkan seolah-olah hanya salah pihak yang menyebarkan maklumat dan bukannya salah beliau. Dan tiada langsung rasanya komen dari Mufti atau mana-mana pihak yang tampil membuat kenyataan atau ulasan. Mungkin semua menganggap tindakan Nur Amalina itu tak salah dan banyak lagi wanita di Malaysia yang tak bertudung. Malah ianya tidak dianggap isu penting walaupun melibatkan agama. Tak kurang juga yang menjadikan beliau sebagai idola dalam mencapai kejayaan. Berikut adalah 5 kesilapan yang beliau lakukan dalam menjawab isu ini.
1. Permohonan maaf
Beliau sepatutnya hanya meminta maaf dan cuba mengubah penampilan untuk menjadi lebih baik. Bukannya tampil menegakkan benang yang basah dan menjadikan isu aurat tidak penting dalam kehidupan kita umat Islam.
2. Minta gambar dipadamkan
Hmm…gambar di blog mungkin boleh dipadamkan, tapi bila gambar tersebut telah diupload, ianya akan sentiasa ada di pangkalan data internet sekalipun sumber telah dipadamkan. Tapi bagaimana dengan akhbar tempatan yang telah menjadikannya sebagai tajuk utama? Gambar terpampang di dada serata akhbar? Nak kene bakor ke?
3. Penampilan semasa membuat video
Beliau sepatutnya tampil hanya dengan rakaman suara dan bukannya masih menampilkan urat-urat rambut beliau yang ayu dan sepoi-sepoi bahasa bila ditiup angin.
4. Nasihat dari pakar Agama
Beliau sepatutnya merujuk kepada pakar dalam bidang agama atau lebih molek berjumpa kaunselor. Bukan apa, cuma untuk membetulkan apa yang patut dan seterusnya diharap dapat mengubah cara penambilan beliau. Mungkin ianya bukan masalah besar bagi sesetengah pihak tapi sedikit sebanyak mengguris perasaan umat Islam amnya.
5. Pernah menyanyikan lagu rock semasa kecil
Hehe…yang nie takde kene mengene pun…..
SUMBER : ABGTEROR
JOM LIKE FB FAN PAGE AKU..
erkkk...kenyataan y last tu perlu ke??hahaha!
p/s: xsuka amalina..sbb die la, nonie xdpt jd pelajar cmerlng batch 2004!..npe la lahir sama taun.kikiki
smoga keterbatasan bersamanya..
setuju...tapi yang hujung tu ade ke -.-
ni cam nak timbul kan kontroversi je lagi.. kehkehkeh
susah kn klu femes ... :p
ISU PANASSS: Nur Amalina SPM 17A tetap terbaekkk... Walaupun dimaki , dicaci dan dikeji.... Cool n Steady jawap soalan melaui skype... video youtube....
Rujuk Entri ini:
http://che-armad.blogspot.com/2012/01/isu-panasss-nur-amalina-spm-17a-tetap.html
ISU PANASSS: Nur Amalina SPM 17A tetap terbaekkk... Walaupun dimaki , dicaci dan dikeji.... Cool n Steady jawap soalan melaui skype... video youtube....
Rujuk Entri ini:
http://che-armad.blogspot.com/2012/01/isu-panasss-nur-amalina-spm-17a-tetap.html
harap2 beliau tidak kufur nikmat :D
hurm...macam2 skrg nih.mak die pun back up die..
dem...comel je statement no 5 tue..
p/s : cikgu ingat kite lagi tak?
MCM RETIS TU....HUHUHUH
hihihi, siap yg kelima tu eh.
but, sedih jugak bila pelajar pandai gila boleh buka aurat. tp takpe lahh, one day dia mst berubah. sama sama la kita doa :')
bab isu menutup aurat tu suka.
gua pun rasa mcm x berapa caya la dgn penafian diorang anak beranak tu..tengok kat video tu pun dah tau dia tu liar!.. juta2 org mehsia tonton video rambut mengurai beliau tu..
xpela...as long as dia dah meminta maaf pada semua,sudah cukup memadai..kita manusia tiada hak nak pertikaikan cara dia meminta maaf..itu kerja tuhan. Lagi satu,dia dikenali kerana pelajar terbaik SPM,bukan pelajar solehah SPM. Just like i said, kerja tuhan..kita tak perlu nak pertikaikan cara dia salah atau betul. :)
orang lain dengar lagu heavy metal pun x de la jadi sampai camtuh..huhu..buat statement mcm orang ulu je..
berilmu betul kenyataan ni
kita doakan moga dia berubah suatu hari nanti... sayangnya orang genius dlm ilmu tapi masih tak genius dlm hal2 berkaitan agama ye...
dia ada keluarkan video mohon maaf ke?x tengok pon lagi.tp kesian die.