5 KESILAPAN NUR AMALINA CHE BAKRI DALAM MENJAWAB KONTROVERSI

Posted in 06 January, 2012
by wan_cikgumuzik


5 KESILAPAN NUR AMALINA CHE BAKRI DALAM MENJAWAB KONTROVERSI | Berikutan dari kontroversi yang melanda pelajar terbaik SPM 2004 dan juga jawapan dari mulut Nur Amalina Che Bakri sendiri pasti ramai yang membuat spekulasi dan tak kurang juga yang bersimpati dengan tohmahan yang diterima Nur Amalina Che Bakri. Ini kerana kontroversi ini digambarkan seolah-olah hanya salah pihak yang menyebarkan maklumat dan bukannya salah beliau. Dan tiada langsung rasanya komen dari Mufti atau mana-mana pihak yang tampil membuat kenyataan atau ulasan. Mungkin semua menganggap tindakan Nur Amalina itu tak salah dan banyak lagi wanita di Malaysia yang tak bertudung. Malah ianya tidak dianggap isu penting walaupun melibatkan agama. Tak kurang juga yang menjadikan beliau sebagai idola dalam mencapai kejayaan. Berikut adalah 5 kesilapan yang beliau lakukan dalam menjawab isu ini.

1. Permohonan maaf

Beliau sepatutnya hanya meminta maaf dan cuba mengubah penampilan untuk menjadi lebih baik. Bukannya tampil menegakkan benang yang basah dan menjadikan isu aurat tidak penting dalam kehidupan kita umat Islam.

2. Minta gambar dipadamkan

Hmm…gambar di blog mungkin boleh dipadamkan, tapi bila gambar tersebut telah diupload, ianya akan sentiasa ada di pangkalan data internet sekalipun sumber telah dipadamkan. Tapi bagaimana dengan akhbar tempatan yang telah menjadikannya sebagai tajuk utama? Gambar terpampang di dada serata akhbar? Nak kene bakor ke?

3. Penampilan semasa membuat video

Beliau sepatutnya tampil hanya dengan rakaman suara dan bukannya masih menampilkan urat-urat rambut beliau yang ayu dan sepoi-sepoi bahasa bila ditiup angin.

4. Nasihat dari pakar Agama

Beliau sepatutnya merujuk kepada pakar dalam bidang agama atau lebih molek berjumpa kaunselor. Bukan apa, cuma untuk membetulkan apa yang patut dan seterusnya diharap dapat mengubah cara penambilan beliau. Mungkin ianya bukan masalah besar bagi sesetengah pihak tapi sedikit sebanyak mengguris perasaan umat Islam amnya.

5. Pernah menyanyikan lagu rock semasa kecil

Hehe…yang nie takde kene mengene pun…..

SUMBER : ABGTEROR

JOM LIKE FB FAN PAGE AKU..