KONSERT ERYKAH BADU BATAL

Posted in 28 February, 2012
by wan_cikgumuzik

KONSERT ERYKAH BADU DIBATALKAN | Konsert Erykah Badu yang dijadualkan akan berlangsung di KLCC esok telah dibatalkan kerana mendapat arahan dari Dato Rais Yatim. Pembatalan konsert Erykah Badu adalah kerana penyebaran gambar penyanyi berkenaan yang mempamerkan tatu berkalimah Allah di dadanya yang menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat islam di Malaysia.

Dan untuk seterusnya, kita saksikan petikan berita yang diperolehi dari MSTAR ONLINE di bawah nih..


PETALING JAYA: Kerajaan pada Selasa mengarahkan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dekat sini, Rabu (esok) dibatalkan serta-merta.
Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menerusi Twitter miliknya, petang Selasa.
“Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia,” katanya.
Bagaimanapun, Rais tidak menyatakan dengan lebih lanjut sama ada pembatalan itu disebabkan penyiaran gambar kontroversi penyanyi tersebut dengan tatu kalimah Allah pada dadanya menerusi sisipan Star Two, akhbar The Star, Isnin.
Konsert ‘Erykah Badu Live in KL’ itu juga merupakan konsert dalam siri jelajah “Australasian” di mana Malaysia terpilih sebagai destinasi pertama. BERITA LANJUT DI SINI
Haa... Kan dah kena batal. Itulah kan.. Tanggung jawab kerajaan Malaysia agar membendung kemasukan anasir2 yang tak baik dari terus memasuki Malaysia. Lagipun kita pun bukannya kenal sangat ngan Erykah Badu nih... Tetiba plak ada.. Hihihihi.. Apa2 pun, tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana telah membatalkan konsert Erykah Badu yang dijadualkan esok.. Kalau nak mai buat konsert kat Malaysia, Sila buang tattoo berkalimah Allah tuu dulu yerr..



JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!


TAGS : KONSERT ERYKAH BADU DIBATALKAN, PEMBATALAN KONSERT  ERYKAH BADU, RAIS YATIM BATAL KONSERT ERYKAH BADU, GAMBAR ERYKAH BADU BERTATUGAMBAR TATTOO ERYKAH BADUGAMBAR DADA ERYKAH BADU BERTATTOOGAMBAR TATU KALIMAH ALLAH DI DADA ERYKAH BADUGAMBAR TATTOO DI DADA ERYKAH BADUERYKAH BADU BERTATTOO KALIMAH ALLAH DI DADA,