Belia Indera Kayangan Mahu Bumbung Gelanggang Futsal..!! | Apa yang pasti, Cadangan dan kertas kerja dari belia DUN Indera Kayangan mendapat perhatian daripada Yang Berbahagia Datuk Jamil Bin Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia..!! Tahniah diucapkan kepada belia DUN Indera Kayangan yang berani mengemukakan cadangan yang begitu profesional sekali.. Siap ada kertas kerja tuhh..!!
Kertas cadangan tersebut diserahkan kepada Ahli Parlimen Kangar Dato, Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dahulu bagi mewakili belia untuk menyerahkan kertas kerja kepada Datuk TKSU. Walaupun penyerahan dilakukan dalam keadaan tidak rasmi, namun Datuk TKSU tetap menerima kertas kerja tersebut dan membuat semakan.
Respon yang diberi oleh Ahli parlimen Kangar Dato, Seri Mohd Radzi sangat positif dan beliau menyokong cadangan tersebut memandangkan lokasi gelanggang futsal tersebut berada di kawasan Taman Kemajuan Kangar di mana kawasan tersebut sudah dikenalpasti kawasan belia yang paling aktif di perlis. Oleh yang demikian, Dato. Seri Mohd Radzi akan menyerahkan kertas kerja tersebut kepada Datuk TKSU dan menyokong cadangan tersebut sepenuhnya.
Hasil temubual penulis dengan Datuk Jamil Bin Saleh setelah menerima kertas kerja cadangan membina bumbung gelanggang futsal pula, Datuk TKSU juga memberikan respon yang positif. Memandangkan jumlah harga projek yang dicadangkan mencecah RM250,000, Maka Datuk TKSU tidak dapat memberi apa-apa kata putus tentang cadangan tersebut. Ulas beliau lagi, beliau akan membawa perkara tersebut ke kementerian dan pihak kementerian akan membuat kajian dan semakan semula kertas kerja cadangan tersebut.
Penulis sebagai wakil belia sangat berbangga dengan pemimpin yang sangat berfikiran terbuka dan menerima cadangan belia-belia tanpa kompromi.. Penulis juga dapat lihat harapan penuh diberikan kepada Kementerian Belia Dan Sukan agar projek tersebut akan diluluskan memandangkan apabila bumbung sudah terbina, pelbagai lagi aktiviti dapat dijalankan di lokasi tersebut selain dari bermain futsal antaranya penempatan mangsa banjir, majlis perjumpaan penduduk, dan banyak lagi.
JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!
0 comments:
Post a Comment