Sembang Mesra Belia DUN Indera Kayangan

Posted in 19 March, 2012
by wan_cikgumuzik


KANGAR- 18 MAC 2012 merupakan hari yang paling bermakna kepada penduduk Taman Kemajuan Kangar kerana Timbalan Ketua Sitiausaha Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia Yang Berbahagia Datuk Jamil Bin Salleh telah turun padang untuk berjumpa dengan penduduk Taman Kemajuan Kangar terutama sekali belia-belia di kawasan DUN Indera Kayangan.

Program tersebut turut dihadiri oleh Ahli Prlimen Kangar Dato' Seri Mohd. Radzi Bin Tan Sri Sheikh Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Indera Kayangan Yang Berhormat Tuan Dr. Por Choo Chor. Apabila bertemu ke tiga-tiga pemimpin yang disegani, maka penduduk DUN Indera Kayangan sangat gembira dan pelbagai isu-isu terkini berkaitan kemajuan belia DUN Indera Kayangan yang dibincangkan dengan para tetamu-tetamu VIP tersebut.

Antara yang turut hadir dalam Program Sembang Mesra tersebut ialah Yang Berusaha Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri perlis, Tuan Haji Abdul Haris Bin Ishak dan juga beberapa rakan-rakan VIP yang turut serta dalam menjayakan program tersebut. Antaranya Yang Berhormat Tuan Abdul Jamil Bin Saad Exco Belia negeri Perlis. Sememangnya majlis tersebut sangat meriah kerana kehadiran begitu ramai sekali tetamu-tetamu VIP.

Pelbagai aktiviti dijalankan pada malam tersebut seperti pertandingan Futsal antara belia DUN Indera Kayangan, Pertunjukan kereta oleh Kelab Toyota Vios Tunes TVT Negeri Perlis, dan acara santai bersama belia. Pertandingan futsal antara pasukan TKSU KBS melawan pasukan Ahli Perlimen Kangar merupakan acara yang sangat meriah dan menghiburkan semua yang hadir. Ini kerana semua tetamu VIP yang hadir turut serta bermain futsal pada program tersebut.

Dalam majlis Santai Bersama Belia, pelbagai isu dibincangkan dan diluahkan oleh suara-suara belia DUN Indera Kayangan. Semua tetamu-tetamu VIP meberikan respon yang sangat positif kepada belia-belia yang meluahkan pelbagai cadangan dan pendapat demi kemajuan belia DUN tersebut. Kelihatan semua belia yang hadir melahirkan rasa puas hati dan gembira dengan respon para VIP terutama sekali Yang Berbahagia Datuk TKSU KBS.

Program tersebut tamat lebih kurang jam 1.00 pagi dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Futsal dan juga cabutan bertuah.

SUMBER


JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!