NURUL NADIRAH MATI RENTUNG DI LADANG KELAPA SAWIT

Posted in 13 March, 2012
by wan_cikgumuzik

NURUL NADIRAH MATI RENTUNG DI LADANG KELAPA SAWIT | Berita kehilangan Nurul Nadirah tersebar luas di Malaysia. Kini teka teki tentang kehilangan adik Nurul Nadirah sudah pun terjawab. Satu mayat rentung telah ditemui dalam ladang kelapa sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu merupakan Mayat Nurul Nadirah yang telah hilang sejak 1 Mac lalu.

Setelah kajian DNA dibuat, Pihak forensik mengesahkan bahawa mayat rentung itu adalah milik Nurul Nadirah yang dilaporkan hilang 1 Mac yang lalu. Sampel DNA yang ditemui di tempat kejadian adalah sepadan dengan sampel ibu kepada Nurul Nadirah dan mengsahkan bahawa serpihan mayat rentung itu milik Nurul Nadirah
Laporan Bernama memetik Roslan berkata, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac. Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya.
Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.
Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu. Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa. sumber
Kini Nurul Nadirah sudah tiada lagi.. Harap keluarga Nurul Nadirah banyak2 bersabar dan doakan roh Nurul Nadirah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Di harap mereka yang bertanggung jawab membunuh adik Nurul Nadirah akan mendapat pembalasan sewajarnya.. Takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga Nurul Nadirah. Al-Fatihah...



JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!