Apabila Belia Bersembang Pasal Hudud..

Posted in 03 April, 2012
by wan_cikgumuzik


Salam Satu Malaysia dan Salam Satu Belia...!! Belia-belia juga tidak terlepas berbual tentang isu hukum Hudud yang selalu didengar di media masa dan media elektronik. Jadi penulis lepak-lepak dengan belia-belia tempatan dan berbual tentang Hudud.. Memang agak tegang jugak lah perbincangan yang dijalankan.

Kebanyakan belia faham bahawa hukum hudud itu adalah perkara mudah untuk dilaksanakan seperti mencuri, hukumnya potong tangan. Hanya setakat itu sahaja yang difahami. Nampak tak betapa ceteknya pengetahuan kita tentang hukum Hudud nih kan? Tapi hasil dari perbincangan, masing-masing memberi pendapat dan cerita tersendiri.

Adakah menjadi perkara mudah sekiranya hukum Hudud dilaksanakan?? Itu sahaja persoalan yang timbul dalam perbualan penulis dan belia-belia yang lepak sekali. Masing-masing mula lah memberi pendapat dan hujah yang sangat bernas. Alhamdulillah ada juga belia yang agak arif dalam hal Hudud nih lalu menerangkan serba sedikit perkara berkaitan dengan Hudud nih..

Pernahkah kita tahu bahawa seseorang hanya boleh dijatuhkan hukuman hudud sekiranya cukup empat orang saksi yang tak pernah melakukan dosa besar dan jarang-jarang melakukan dosa kecil.. Boleh ker setiap kesalahan kita nak cari empat orang saksi yang sebegitu rupa?? Dan setiap kesalahan yang dilakukan boleh ke secara kebetulan disaksikan oleh empat orang saksi seperti yang dituntut oleh syarak??

Persoalannya sekarang, dalam Malaysia nih, berapa peratus rakyatnya adalah dikatogorikan sebagai orang Islam yang betul-betul warak seperti alim ulama? Maka, semua penjahat akan lebih seronok lah nak melakukan jenayah memandangkan setiap kesalahan yang dilakukan memerlukan empat saksi seperti yang dituntut. Jawabnya, hukum Hudud hanya akan menambahkan lagi statistik jenayah Malaysia sekiranya dilaksanakan.

Bayangkan sekiranya seorang penjenayah hendak melakukan kerja-kerja jenayah, sudah pasti dia akan buat kerja sorang-sorang atau berdua. kemudian, kejadian jenayah tersebut hanya disaksikan oleh seorang hamba Allah yang tak berapa nak alim. Bolehkan hukuman hudud dijatuhkan kepada penjenayah tersebut?? Pasti tak boleh kan sebab tak cukup syarat yang dituntut dalam perlaksanaan hukum Hudud kan?? 

Kalau gunakan hukum dan undang-undang yang sedia ada sekarang, Insyaallah penjenayah akan dapat dihukum dengan adanya teknologi DNA, cap jari, dan pelbagai lagi teknologi canggih yang digunakan dalam kerja-kerja penyiasatan. Maka dengan bukti yang kukuh, pnjenayah akan dihukum dan semestinya akan menerima hukuman di atas kesalahannya.

Bukan belia-belia nak menentang hukum Allah yang sememangnya suci, tetapi harus di lihat ke arah kemodenan negara masa kini. Perlu fikir juga situasi dan keadaan semasa di Malaysia sekarang. Oleh yang demikian, suara belia menyatakan HUKUM HUDUD TAK PERLU DIPOLITIK KAN dan harus redha dengan hukuman yang telah disediakan sekarang. -SUMBER

-SGBperlis_wan

JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!