Sembang Mesra Belia DUN Sanglang Siri Dua

Posted in 19 April, 2012
by wan_cikgumuzik


Program Sembang Mesra Belia DUN Sanglang masuk siri yang ke dua. Seperti yang sedia maklum, DUN sanglang adalah salah satu DUN yang di bawah pimpinan PAS. Walau bagaimana pun, sambutan dan kehadiran belia serta penduduk setempat sangat menggalakkan. Ini adalah tanda positif bahawa ramai penduduk di sekitar DUN sanglang sudah menolak pemerintahan PAS.
Program yang diadakan di Kampung Bunga Mas Simpang Empat Perlis dihadiri oleh bebrapa pemimpin besar di perlis. Turut hadir ke Program tersebut ialah Timbalan Pengarah MARA perlis Encik Jamaludin Hanafi dan Timbalan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Perlis Encik Mohd Yusuf Bin Abd Hamid.
Antara tokoh pemimpin yang hadir ialah Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Khalid Bin ahmad, Yang Berhormat Dato' Seri Dr Shahidan Bin Kassim, Yang Berhormat Dato' Hajah Mastika dan diiringi oleh Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis Tuan Haji Haris Bin Ishak.
Pada program tersebut juga satu upacara penyerahan alatan 'permainan indor' sumbangan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri perlis diserahkan kepada lima wakil cawangan sekitar DUN sanglang yang hadir dan disempurnakan oleh Pengarah jabatan Belia Dan Sukan diiringi oleh Yang Berhormat Tuan Senator. Antara barangan tersebut ialah seperti congkak, carrom, dart dan bola sepak raga.
Agenda Sembang mesra belia diteruskan lagi dengan beberapa pertandingan. Antara pertandingan yang ada ialah seperti perlawanan dam haji, carrom, dan dart. Di kesempatan perlawanan dijalankan, ramai belia-belia mengambil kesempatan untuk berbual mesra dengan pemimpin-pemimpin yang hadir. 
Program Sembang belia bagi DUN sanglang kali ini mencapai objektif seperti yang dirancang. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan cabutan bertuah. -SUMBER

JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!