Sembang Mesra Belia DUN Santan

Posted in 12 April, 2012
by wan_cikgumuzik


Kali ini program Sembang-sembang Belia pelis menerjah ke DUN santan pula. Program yang diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Santan 2 dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti yang di dijayakan oleh KRT Taman Santan 2. Hampir semua golongan penduduk hadir pada majlis tersebut termasuklah jiran wanita dan jiran muda.
Program tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Berhormat ADUN Santan Tuan Haji Sabri Bin Ahmad. Turut hadir menemani Yang berhormat ADUN ialah JKKK Taman Santan 2 Encik Lipin dan Pengurusi KRT Taman Santan 2 Encik Shamsuddin Bin Mohamad.  Turut serta yang hadir ialah penduduk-penduduk Taman Santan 2 dan penduduk sekitar DUN Santan.
Antara aktiviti yang menarik perhatian penulis ialah apabila terlihat kelibat wakil dari SPR yang hadir untuk melakukan tugas menyemak daftar pemilih dan juga membuat pendaftaran kepada belia-belia yang belum berdaftar sebagai pengundi.Maka pada program tersebut ramai lah belia-belia yang belum berdaftar berjaya didaftarkan sebagai pemilih pada tahun ini.
Antara aktiviti lain yang diadaka pada malam tersebut ialah pertandingan dart, carrom dan dam haji, Turut memeriahkan program ialah aktiviti gotong-royong menyediakan masakan nasi goreng yang disertai oleh Jiran Wanita Taman Santan 2. 

Penulis juga dimaklumkan program tersebut dijayakan dengan kerjasama 4 cawangan UMNO yang berada di bawah DUN santan. Maka kehadiran tetamu sangat memberangsangkan dan menjadikan majlis tersebut sangat meriah dengan kehadiran semua tetamu. Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. -SUMBER

JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!