KISAH TUNTUTAN CERAI ISTERI SYAM KAMIKAZE

Posted in 03 September, 2012
by wan_cikgumuzik

KISAH TUNTUTAN CERAI ISTERI SYAM KAMIKAZETerkejut membaca berita tentang permohonan cerai isteri Sham Kamikaze, Farazila Abdul Jabar ini. Mereka berdua telah bernikah secara rahsia pada 17 Ogos 2008 yang lalu. Permohonan ini telah difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 30 Ogos yang lepas.

Menurut Farazila, dia memfailkan penceraian kerana konflik dalaman yang telah berlarutan selama 3 tahun. Kata Farazila:-

Saya ambil keputusan untuk memohon cerai daripada Sham kerana sudah tidak boleh hidup bersamanya lagi. Kami hanya bahagia pada tahun pertama perkahwinan sahaja. Beberapa konflik dalaman yang berlaku antara kami terlalu peribadi untuk saya dedahkan. Ia menjadi sebab utama perceraian ini.

Namun begitu Farazila menafikan yang dia memohon cerai kerana kontroversi kononnya Sham sudah bernikah satu lagi pada bulan Januari lalu. Bagi Farazila, dia tidak kisah untuk bermadu namun itu bukan faktor utama permohonan cerai ini.

Ia (bercerai) bukan kerana cerita itu. Jika benar Sham bernikah lagi, saya sebagai isteri pertamanya reda bermadu tetapi sikap tidak bertanggungjawabnya dalam urusan rumah tangga membuatkan saya kecewa dan tawar hati. Mengenai cerita dia bernikah lagi, tiga kali saya bertanya kepada dia untuk kepastian tetapi dia tidak mengaku dan berdolak-dalik. Malah, dia mula menjauhkan diri, tidur berasingan dan bersikap kasar terhadap saya. Sudah lama saya berdiam diri sejak cerita itu tersebar walaupun maruah saya dan keluarga diperlekehkan. Kalau diperhatikan, saya langsung tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kerana Sham tidak membenarkannya. Saya tidak mampu bertahan lagi kerana banyak konflik dalaman antara kami yang menafikan hak saya sebagai isteri. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk memfailkan perceraian ini.


p/s: kadang2 org alim jugak rumahtangganya digoyang... 


LIKE FAN PAGE AKU KALAU SUDI....