PENGUMUMAN..!! PROJEK RM200,000 UNTUK PEMEGANG LESEN KELAS F DI PERLIS

Posted in 26 June, 2013
by wan_cikgumuzik

Perhatiann orang kampung...!! Berita baik untuk pemegang lesen kontraktor kelas F di Perlis..!! Anda akan mendapat projek yang bernilai maksima RM200,000 untuk setiap lesen..!! Hanya untuk orang PERLIS sahaja..!!!

Macam sedap jerr bila baca ayat tuu kan?? Memang sedap tetapi ianya hanya satu bayangan dan cita-cita untuk memperjuangkan ekonomi dan kemajuan rumah tangga. Hihihihii... Kelia tak ayat??

Ok lah.. Back to story...! Baru-baru ini ramai yang tahu bahawa Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis, Mohsin Yusoff ada buat satu perjumpaan Pemuda negeri bersama Menteri Besar Perlis YAB Tuan Azlan Man. Semua tahu di hari itu KP kita ada menyerahkan satu memorandum yang mempunyai 7 isi kandungan tuntutan pemuda UMNO negeri Perlis kepada kerajan negeri.. SILA KLIK SINI UNTUK RUJUKAN

Aku terdetik untuk mengulas perkara ke-5 dalam memorandum berbentuk tuntutan pemuda kepada YAB Menteri Besar Perlis  nih iaitu " Projek-projek kelas F dimaksimumkan sehingga RM200,000 berbanding dahulu hanya sekitar RM40,000". Mesti ada sebab kenapa tuan KP kita tuntut macam tuu kan??

Apa yang aku nampak, Penjanaan ekonomi kontraktor akan lebih membangun dan kemajuan negeri Perlis akan lebih bertambah sekiranya wujudnya projek-projek yang bernilai tinggi berbanding projek naik taraf jalan kampung yg bernilai RM 10 hingga 20 ribu sahaja.

Bayangkan terdapat lambakan projek berharga mahal untuk kemajuan negeri Perlis, tak mustahil perlis akan mencapai sasaran negeri Perlis maju 2015 kan?? Itu dinamakan usaha untuk perubahan drastik yang membina untuk kemajuan sesebuah negeri yang dilihat sasaran untuk merealisasikan impian "Perlis Maju 2015". Betul tak??

Kalau Kerajaan negeri asik keluarkan projek budget naik taraf sahaja, bila negeri Perlis nak maju kan?? dok perelok benda yg rosak jaa.. Mana pembinaan baru untuk menjayakan misi Perlis Maju 2015 tersebut. 

Itu pendapat dan pandangan aku sahaja... Aku tak tahu lah perkara tersurat yang ada pada tuan Ketua Pemuda Negeri Perlis nih kan.. Nanti aku cuba interviu beliau untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut dan soheh dari beliau..

Apa-apa pun, Kalau KP sahaja yg mintak utk kemajuan dan kotraktor tidak menyokong, maka rugi laa jugak kan?? Iye lah kan?? Projek kerajaan negeri Perlis dibahagi sama rata antara kontraktor UMNO dan kontraktor Pakatan Rakyat.. Tak main kroni2 dan semua orang boleh dapat.. HANGPA KENA SOKONG TUNTUTAN INI untuk kemajuan negeri dan untuk periuk nasik hangpa jugak...

JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!