BIASISWA TENAGA NASIONAL TNB 2012 UNTUK LEPASAN SPM/STPM 2011

Posted in 23 March, 2012
by wan_cikgumuzik

PERMOHONAN BIASISWA TENAGA NASIONAL TNB 2012 UNTUK LEPASAN SPM/STPM 2011 | Berita baik untuk lepasan2 SPM dan STPM. permohonan biasiswa TNB kini dibuka kepada anda. Yayasan Tenaga Nasional YTN membuka tawaran kepada warganegara Malaysia lepasan SPM dan STPM untuk memohon biasiswa bagi mengikuti programUniversiti luar negara dan Universiti Tenaga Nasional UNITEN bagi sesi 2012.

CARA UNTUK MOHON BIASISWA TENAGA NASIONAL TNB


  • Calon hendaklah membaca dan memahami syarat kelayakan akademik,program mahupun perkara yang berkaitan pada lampiran iklan dengan melayari pautan dibawah
  • Sila layari aplikasi permohanan secara online di laman web YTN pada pautan dibawah
Calon diminta untuk baca dan fahami dengan teliti setiap langkah dan panduan sebelum mengisi borang
Tarikh Penting
Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Mac 2012. (Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan)
Sila semak laman web YTN bagi pemakluman perkara-perkara berikut :
  • Bengkel Pemilihan Program Universiti Luar Negara mulai jam 2 ptg, 2 April 2012
  • Bengkel Pemilihan Program UNITEN mulai jam 2 ptg, 5 April 2012
  • Temuduga Program Universiti Luar Negara mulai jam 10 pg, 9 April 2012
  • Temuduga Program UNITEN mulai jam 10 pg, 16 April 2012
  • sumber
Diharap Semua pelajar lepasan SPM atau STPM boleh lah cuba untuk membuat permohonan nih.. Mana laa tahu kot2 boleh dapat kan.. Bukan pinjaman kan.. Biasiswa woo.. Tak payah bayar balik..

Jadi di atas aku dah lampirkan cara untuk mohon biasiswa Tenaga Nasional TNB Malaysia bagi sesi 2012. Selamat mencuba....